Nih Terjemah Kitab Sirrul Asrar – Syekh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Penurunan Insan Ke Peringkat Rendah Yang Paling Bawah :5

5: PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH YANG PALING BAWAH

 PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH YANG PALING BAWAH Nih Terjemah Kitab Sirrul Asrar – Syekh ‘Abdul Qadir Al-Jailani PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH YANG PALING BAWAH :5

Allah Yang Maha Tinggi membuat roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian adalah bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar di tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan dekat dengan Allah. Dihantarkan-Nya roh suci kepada perhentian utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya, kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya. Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya mula-mula kepada kedudukan nalar asbab bagi keesaan, bagi roh universal, alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat kepada Muhammad s.a.w. Roh suci mempunyai dan membawa bersama-samanya benih kesatuan. Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan dinamakan ‘roh sultan’. Apaabila melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan kepada mimpi-mimpi, ia menerima nama ‘roh perpindahan’. Bila kesudahannya ia turun kepada dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk kesesuaian makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang agresif bagi menyelamatkan dunia ini kerana dunia kebendaan kalau berhubung secara pribadi dengan roh suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya dengan dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan, roh manusia.

Tujuan roh suci dihantar ke kawasan ciptaan yang paling rendah ini adalah supaya ia mencari jalan kembali kepada kedudukannya yang asal, makam kehampiran, saat ia masih di dalam bentuk berdaging dan bertulang ini. Ia sepatutnya tiba ke alam benda yang agresif ini, dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam mayit ini, menanamkan benih kesatuan dan menunbuhkan pokok keesaan di dalam dunia ini. Akar pokok masih berada pada kawasan asalnya. Dahannya memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi keredaan Allah, mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dalam bumi hati roh itu menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama semoga diperolehi buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada peringkat yang lebih hampir dengan Allah.

Allah berbagi jasad-jasad atau tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing mempunyai nama yang berbeza-beza. Dia bena ruang adaptasi di dalam tubuh. Diletakkan-Nya roh manusia, roh kehidupan di antara daging dan darah. Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, di mana dibena ruang bagi jirim yang sangat seni untuk menyimpan rahsia di antara Allah dengan hamba-Nya. Roh-roh ini berada pada kawasan yang berbeza-beza dalam tubuh, dengan kiprah yang berbeza, urusan yang berbeza, masing-masing umpama membeli dan menjual barang yang berlainan, menerima faedah yang berbeza. Perniagaan mereka sentiasa membawakan kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan rahmat Allah.

“Daripada apa yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka) mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi”. (Surah Fatir, ayat 29).

Layaklah bagi setiap insan mengetahui urusannya di dalam alam kewujudan dirinya sendiri dan memahami tujuannya. Dia mestilah faham bahawa beliau dihentikan meminda apa yang telah dihukumkan sebagai benar untuknya dan digantungkan dilehernya. Bagi orang yang mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya, yang terikat dengan harapan dan dunia ini Allah berkata:

“Tidaklah (mahu) beliau ketahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di dalam dada?” (Surah ‘Aadiyat, ayat 9).

“Dan tiap-tiap insan Kami gantungkan (catatan) amalannya pada tengkuknya…” (Surah Bani Israil, ayat 13).

0 Response to "Nih Terjemah Kitab Sirrul Asrar – Syekh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Penurunan Insan Ke Peringkat Rendah Yang Paling Bawah :5"

Posting Komentar